Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A


Nama: FATIN FATHIHAH BINTI MUSA

No.matrik: 203008


Hola! Pertama kali menulis blog bergetar tulang rusuk.

Rutin harianku selepas balik ke kampung awal tahun lalu adalah duduk lepak menghabiskan masa memang untuk dibuang. Ehh maksud aku cuti sem ya, bukan sewaktu "online class". Memang bukan cerita rekaan tapi kenyataan sampai sekarang semua benda sudah aku lakukan sepanjang PKP. Makan, tidur perkara biasa bagi aku. 

Budu, belacan, ikan pekasam. Ya, itulah makanan kegemaraanku sebagai orang Kelantan. Aku berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Mesti cantik macam Neelofa! Bak kata orang 'ore Pasir Mas comel-comel' termasuk aku (perasan). Aku merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Manja, cerewet dan sensitif semua ada padaku. Hmmm memang kenyataan. 

'Ikan Paten'. Itulah gelaran yang diberikan kepadaku. Sejak zaman sekolah rendah sampai menengah itulah yang sering aku dengar. Muka aku macam ikan paten kah? Ataupun kerana namaku? Tak faham dengan rakyat Kelantan ni.

Hai, nama penuh aku ialah Fatin Fathihah Musa. Aku merupakan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Aku merupakan pelajar tahun kedua yang mengikuti kursus Bacelor Sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu). 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...