Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
BBM 3410-ASAS
GRAFIK- KESEIMBANGAN (INTERNET)
Elemen: Keseimbangan
Tema: Elegan
Rujukan: https://i.pinimg.com/originals/77/48/d5/7748d5bb549719441cb2ec2c0b74963b.jpg
Huraian:
Gambar di atas mempunyai
elemen keseimbangan. Elemen ini dapat dilihat pada grafik dan juga teks yang
terdapat pada gambar tersebut. Di ruang tengah, terdapat gambar telefon bimbit
yang seimbang dengan ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang
atas, terdapat tulisan di kiri dan kanan yang seimbang dengan ruang di bawah
yang mempunyai grafik gunung. Penggunaan
teks dan grafik yang berada ditengah-tengah grafik juga memberikan efek
keseimbangan di dalam gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema:
Kebahagiaan
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=APgCKRkbqN8
Huraian:
Iklan yang dipamerkan ini mempunyai
keseimbangan ruang antara kiri dan kanan foto berdasarkan teks yang ditulis.
Hal ini dapat dilihat pada bahagian kiri ditulis penjelasan bagaimana air
Starbucks dapat mengeratkan hubungan. Manakala, di bahagian kanan foto tersebut
ditulis jenama air dengan warna yang gelap serta digabungkan dengan warna yang
lembut menjadikan bahagian ini seimbang dengan ruang kiri. Ruang atas dan bawah
juga seimbang dengan mempunyai jarak yang sama. Dengan keseimbangan yang
diterapkan dalam iklan ini menjadikan ianya dapat disampaikan dengan baik
kepada pembaca.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Kasut sukan
Rujukan:https://my.lovepik.com/image-450004203/shoes-sale-social-media-post.html
Huraian:
Gambar ini menunjukkan keseimbangan dari
segi ruang atas dan bawah. Dalam gambar ini, ruang di tengah terdapat kasut
yang mengimbangi antara ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di
ruang atas, pada penjuru kiri gambar terdapat logo dan teks di bawah logo. Di
ruang bawah pada penjuru kanan pula terdapat teks. Maka, teks di ruang atas
sebelah kiri seimbang dengan teks yang berada di ruang bawah sebelah
kanan. Pada ruang tengah pula, didapati
terdapat dua teks yang ditulis di atas sebelah kanan dan di bawah sebelah kiri
gambar. Maka, teks yang terdapat di ruang tengah itu seimbang dengan imej kasut
yang berada pada gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sukan
Rujukan: https://pin.it/3csZeDH
Huraian:
Elemen keseimbangan dalam grafik di atas
ditonjolkan melalui pembahagian warna, teks dan imej dibahagian kiri dan kanan
pada gambar tersebut. Penggunaan ton warna biru yang membahagikan dua bahagian
grafik dapat menimbulkan keseimbangan. Tambahan pula, bahagian kiri grafik yang
berwarna biru gelap sudah membawa penglihatan yang berat di ruang sebelah kiri,
namun ditambah teks ringkas berwarna putih dapat memberikan keseimbangan antara
kiri dan kanan. Begitu juga dengan grafik sebelah kanan yang menggunakan warna
biru terang untuk menampakkan penglihatan yang ringan, namun ditambah dengan
imej pemain squash yang besar dapat menunjukkan keseimbangan di ruang sebelah
kanan.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Makanan
Rujukan: https://www.kancilawards.com/winners/entry/2019/5681?hcb=1
Huraian :
Elemen yang paling menonjol di dalam foto
tersebut ialah elemen keseimbangan. Ruang tengah di dalam foto tersebut ialah
gambar nugget membentuk piramid. Dengan adanya grafik tersebut ditengah-tengah
foto telah mewujudkan keseimbangan antara ruang atas dan bawah foto tersebut.
Manakala di ruang atas foto pula terdapat tulisan “piramid ada di Malaysia” dan
di ruang bawah sebelah kiri pula terdapat logo jenama produk tersebut. Selain
itu, di sebelah bawah kanan foto tersebut pula terdapat logo halal JAKIM
Malaysia. Maka, foto grafik tersebut akan kelihatan seimbang kedudukannya
antara ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan: http://punapibali.com/info-wisata/resto-dengan-pemandangan-alam-sawah-terbaik-di-bali/
Huraian :
Keseimbangan
dalam grafik tersebut merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto tersebut.
Gambar tersebut menunjukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang serta
matahari. Matahari, pokok dan gunung-ganang berada di ruang kiri seimbang
dengan langit dan sawah yang kelihatan terbentang luas di ruang kanan gambar.
Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di
ruang bawah terdapat sawah padi berwarna hijau yang terbentang luas. Maka,
gambar awan akan menjadi seimbang dengan
adanya sawah padi di dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftopgambariklan.blogspot.com%2F2020%2F01%2F50-gambar-iklan-billboard-terbaik.html&psig=AOvVaw0i99tyqN5TkfCaie9AYTiE&ust=1617430695330000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjHiq313u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian:
Kesemua ruang dalam foto adalah seimbang.
Grafik aiskrim berada di tengah-tengah ruang foto memberikan keseimbangan
kepada ruang kiri dan kanan gambar. Manakala, teks yang menghiasi ruang kiri
seimbang dengan teks di ruang kanan. Penggunaan ton warna coklat gelap dan
warna putih yang membahagikan kedua grafik juga memberikan keseimbangan.
Tambahan pula, ruang kiri gambar menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang
berwarna putih seimbang dengan ruang kanan yang menggunakan tulisan dan grafik
aiskrim yang berwarna coklat gelap.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Kasut Sukan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/PwPviQB5xSe9XvkA9
Huraian:
Elemen keseimbangan dapat dilihat pada
grafik yang diletakkan ditengah-tengah foto tersebut. Ruang di atas dan bawah
serta ruang di kiri dan kanan seimbang dengan kedudukan grafik. Ruang atas
diletakkan tulisan promosi jualan kasut dengan perkataan “Big sale offer” seimbang dengan ruang bawah yang diletakkan
imej tiga bulatan. Tambahan pula, penggunaan warna di bahagian tertentu memberi
keseimbangan untuk keseluruhan gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema:
Pengiklanan
Rujukan:
https://www.circleone.in/personalized-banners/
Huraian:
Gambar di atas
menunjukkan adanya elemen keseimbangan antara tulisan dan imej. Ruang sebelah
kiri gambar dipenuhi dengan tulisan yang seimbang dengan imej buku, sebekas
pensel dan juga jam yang berada di sebelah kanan gambar. Maka, kedua-dua ruang
iaitu kiri dan kanan menunjukkan keseimbangan. Penggunaan warna, saiz dan jenis
font pada ruang kiri juga dapat mengimbangi ruang itu dengan ruang di sebelah
kiri gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema:
Kaca Mata Berjenama
Rujukan:https://www.dailybillboardblog.com/2013/04/prada-spring-2013-eyewear-and.html?m=1
Huraian:
Elemen keseimbangan dapat dilihat apabila
terdapat dua imej yang sama besar diletakkan di ruang kiri dan kanan papan
tanda tersebut. Di ruang tengah diletakkan jenama kaca mata tersebut dengan
perkataan “eyewear” di bawahnya. Selain itu, warna putih yang digunakan
di antara kedua imej tersebut dijadikan sebagai pemisah untuk menampakkan lagi
keseimbangan yang ada pada papan tanda tersebut.
BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN(SENDIRI)
Elemen: Keseimbangan
Tema: Semangat
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas
mengandungi elemen keseimbangan ruang. Kedudukan grafik yang berada
ditengah-tengah gambar seimbang dengan ruang di atas dan bawah serta ruang di
kiri dan kanan. Kedudukan teks yang diletakkan pula seimbang di kiri dan kanan
ruang gambar. Ianya membuatkan grafik tersebut menjadi seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Elemen keseimbangan yang dapat diterangkan
dalam gambar di atas ialah ruang di antara kiri dan kanan adalah seimbang.
Objek imej juga berada di bahagian tengah gambar menjadikan imej tersebut
seimbang. Ruang di antara atas dan bawah juga seimbang walaupun terdapat teks
pada bahagian atas. Namun ia dapat menyampaikan mesej dalam gambar dengan baik.
Tambahan pula, ruang atas terdapat langit berwarna biru dan awan putih seimbang
dengan ruang bawah yang terdapat pasir dan laut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini menunjukkan keseimbangan pada
ruang di kiri dan kanan. Ruang di sebelah kiri gambar terdapat enam batang
pokok besar yang seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok
besar di sebelah kanan gambar. Maka, enam batang pokok besar seimbang dengan
sebuah astaka seni dan empat batang pokok. Terdapat jalan di ruang tengah
gambar yang mengimbangi ruang sebelah kiri dan kanan gambar tersebut. Tambahan
pula, warna bagi kedua-dua ruang ini ialah berwarna hijau menjadikan gambar itu
lebih seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Bahagian kiri dan kanan grafik ini adalah seimbang dari segi pengisian ruang dan warna yang sama. Pada bahagian tengah pula, ruang putih dapat dianggap sebagai pemisah ruang antara kiri dan kanan yang menampakkan keseimbangan grafik tersebut. Tambahan pula, pada bahagian atas grafik yang menunjukkan imej langit tidak seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan imej jalan berbatu, namun ianya diseimbangkan dari aspek warna putih dan biru terang. Keseluruhannya, grafik boleh dikatakan seimbang dari segi ruang dan warna yang menimbulkan perasaan ketenangan dan kedamaian.
Elemen:
Keseimbangan
Tema :
Kehidupan
Rujukan :
Sendiri
Huraian :
Elemen yang paling menonjol di dalam foto
tersebut ialah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar terdapat
pokok besar. Di ruang atas foto tersebut terdapat matahari, awan dan gunung.
Manakala di tengah-tengah foto tersebut terdapat gambar seseorang kanak-kanak
sedang berdiri menghadap laut dan di sebelah bawah kiri dan kanan foto terdapat
tulisan “realiti kehidupan”. Maka ruang di atas dan di bawah foto akan
kelihatan seimbang kerana grafik tersebut berada di tengah-tengah antara ruang
kanan dan kiri gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Aktiviti Riadah
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Gambar ini
kelihatan seimbang kerana ruang diantara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah
adalah seimbang di antara satu sama lain. Pencahayaan juga membawa keseimbangan
dari aspek gelap dan cerahnya sesuatu bahagian yang terdapat dalam foto di
atas. Hal ini dikatakan seimbang dimana objek iaitu orang dan kuda berada pada
kedudukan selari dengan kandang di tepinya.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Foto di atas menunjukkan seorang gadis yang
berada di tengah-tengah ruang. Kedudukan seorang gadis di ruang tengah seimbang
dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang di atas dan bawah juga mempunyai
keseimbangan kerana penggunaan ton warna yang berlainan. Ruang atas berwarna
putih dan mempunyai tulisan berwarna hitam seimbang dengan ruang bawah yang
bewarna coklat dan kelabu. Jelaslah bahawa foto ini mempunyai keseimbangan yang
sama rata kerana subjek (gadis tersebut) berada di tengah-tengah ruang antara
langit dan lautan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan unsur
keseimbangan kerana objek (orang) berada di tengah-tengah ruang foto. Font
tulisan yang digunakan juga seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang atas
terdapat langit yang berwarna biru gelap dan matahari manakala ruang bawah pula
terdapat pasir berwarna coklat. Maka, langit dan matahari seimbang dengan pasir
berwarna coklat di dalam gambar tersebut.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini menunjukkan
berlakunya keseimbangan antara ruang. Keseimbangan dapat dilihat apabila ruang
kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Ruang atas gambar pula terdapat
langit berwarna biru manakala ruang bawah pula terdapat jalan yang lurus. Maka,
langit akan seimbang dengan jalan yang lurus di dalam gambar
tersebut. Objek yang berada di ruang tengah juga
menunjukkan keseimbangan antara ruang di atas dan bawah serta ruang
di kiri dan kanan gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan unsur
keseimbangan antara ruang kerana objek pada gambar tersebut berada di
tengah-tengah ruang. Ruang di atas dan bawah seimbang dengan ruang di kiri dan
kanan. Teknik ini dapat membantu menonjolkan objek yang ingin dipaparkan.
Dengan cara ini, seseorang akan mengetahui bahawa mesej yang ingin disampaikan
melalui gambar ini adalah tentang minuman tersebut.
No comments:
Post a Comment