Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA
(INTERNET)
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR
Huraian:
Merujuk
imej diatas, penggunaan warna hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya
kontras warna. Warna panas yang digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan
koko gelap (pada biji kopi dan latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan
warna sejuk seperti putih (pada buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula,
terdapat warna panas kuning yang merujuk kepada logo syarikat makanan ringan
tersebut iaitu Mc Donald disamping
mengaplikasikan penggunaan tona warna koko. Kombinasi warna yang diterapkan
dalam imej diatas jelas menampakkan kejelasan visual dan dapat menarik mata
audien.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA
Huraian:
Gambar
di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan
adalah koko dan putih bagi melambangkan produk tersebut (Aiskrim Sunday). Warna pada fonts yang digunakan
juga sama seperti dalam imej yang dipaparkan dan kelihatan menonjol membuatkan mesej
yang ingin disampaikan itu lebih menyerlah tentang aiskrim Sunday.
Elemen: Warna
Tema: Fesyen
Huraian:
Gambar
di atas menunjukkan elemen warna. Warna merah yang mendominasi grafik tersebut
dapat menarik perhatian pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut
psikologi warna merah merupakan warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan
tanda peringatan. Dengan sekali imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat
perhatian dengan mudah.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.aking.com.my/signage
Huraian:
Gambar
di atas mempunyai elemen asas grafik warna yang telah diterapkan. Hal ini
kerana kombinasi warna yang telah digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh
itu, mesej yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut dapat disampaikan
dengan baik. Latar gambar diletakkan warna biru melambangkan jenama air
tersebut iaitu Blue Moon manakala
warna pada tulisan yang digunakan ialah berwarna putih. Ini telah menjadikan
gambar tersebut lebih menarik.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Huraian:
Papan
iklan diatas menggunakan tiga gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah
yang merupakan warna latar papan tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan
hitam. Warna hitam dan putih tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan
warna juga bertepatan dengan logo restoran tersebut iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).
Elemen: Warna
Tema: Minuman Berkhasiat
Rujukan: https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/
Huraian:
Gambar
di atas memenuhi elemen warna kerana majoriti kombinasi warna yang digunakan
adalah hijau dan putih bagi melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih
pada fonts yang digunakan juga berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE” itu kelihatan menonjol dan
tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin disampaikan iaitu air milo
mempunyai rasa yang sedap.
Elemen: Warna
Tema: Makanan Segera
Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/
Huraian:
Warna
yang terdapat dalam gambar makanan segera tersebut mempunyai kombinasi warna
yang menyerlah iaitu warna merah, kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai
warna yang mencakupi warna asas grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang
menyerlah. Namun begitu, warna hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan
elemen warna kerana warna memainkan peranan mengikut mesej yang disampaikan
untuk menarik minat pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan Animasi
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1
Huraian:
Warna
merupakan elemen yang paling menonjol di dalam gambar di atas. Foto tersebut mempunyai animasi berwarna
kuning dan berlatarbelakangkan warna jingga. Terdapat juga warna putih digunakan.
Foto ini menjadi menarik apabila seseorang melihatnya kerana mempunyai tiga
warna yang menyerlah.
Elemen: Warna
Tema: Iklan movie
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/
Huraian:
Kombinasi
yang digunakan dalam gambar ini sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar
yang berwarna hitam dan putih. Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi
tiga warna. Gambar ini menjadi menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah
dan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1
Huraian:
Gambar
ini mempunyai kombinasi warna yang lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun,
warna-warna yang digunakan dalam gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan
mesej. Gambar ini memaparkan imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang
dimasukkan ke dalam air yang juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah
pada tulisan di botol minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang
menyerlah dan memfokuskan kepada kesegaran air minuman itu.
BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA
(SENDIRI)
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar
di atas menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu hitam, coklat keemasan dan
putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto ayam tersebut yang
sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih
dalam gambar tersebut juga menimbulkan warna pada ayat “juicy in every bites” menyebabkan ia kelihatan sempurna.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Berdasarkan
imej diatas, penggunaan elemen warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang
dan mengubah citarasa audien terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna
neutral hitam dan putih telah mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga
warna kroma campuran dua warna penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi
warna ketiga dalam imej. Warna putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan
ketenangan disamping diimbangi dengan warna hitam dan khaki koko yang
menimbulkan kekemasan dan kekuatan imej tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Kasih sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar
di atas menunjukkan elemen warna. Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan
warna hijau. Ini dapat memberikan impak ketenangan kepada gambar tersebut yang
mana mampu menyampaikan mesej kepada golongan yang sering mendera anak agar
menjadi tenang dan lebih menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font
juga kelihatan sesuai dengan gambar yang dipaparkan.
Elemen: Warna
Tema: Hadiah
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Berdasarkan
gambar di atas telah diterapkan elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah
dalam gambar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang
sangat menarik telah digunakan dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah
digunakan juga tidak terlalu banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna
tersebut telah menjadikan intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan
dengan baik.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mencukupi warna
asas grafik kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu koko, oren dan
putih. Warna yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi premiun latte
tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna
putih yang dipilih turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium. Warna-warna
yang digunakan itu kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar minuman di atas.
Elemen: Warna
Tema: Pemandanga Waktu Malam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar
tersebut mencukupi warna asas grafik kerana tidak melebihi daripada tiga warna
. Foto diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan warna yang cerah iaitu warna
hitam dan warna putih yang wujud daripada cahaya lampu. Warna cerah di atas
menyerlahkan lagi latar yang gelap kerana cahaya lampu tersebut memfokuskan
masjid dan bangunan-bangunan di sekeliling masjid itu.
Elemen: Warna
Tema: Kenderaan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini mengandungi elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik perhatian kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, dinding dan tingkap.
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini terdapat
kombinasi warna yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak melebihi tiga
warna. Warna langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan menjadikan gambar
ini menjadi menarik dengan pemandangannya. Warna bangunan-bangunan juga
menjadikan gambar lebih cantik. Gambar ini jelas memfokuskan kepada warna
langit, pokok serta bangunan.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang paling menonjol di
gambar di atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan seorang lelaki
berbaju biru sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda. Terdapat juga warna
awan kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini mempunyai lebih daripada
tiga warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah dengan warna yang cerah
seperti yang dipaparkan dalam gambar tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pakaian Tradisional
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang
gadis berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak usang sesuai dengan
baju yang digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat menimbulkan subjek
(gadis) tersebut. Warna tudung yang digunakan juga menonjolkan lagi warna dalam
gambar tersebut kerana warna yang digunakan ialah warna hijau gelap.
No comments:
Post a Comment