Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus
1. Cerita Sosial 2
Bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan pada hari ahad yang lalu. Bapa tahu , Alim, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah-buahan tempatan di pasar tani. Madinah menjerit sambil melompat-lompat melihat buah-buahannya yang banyak. Aisyah pula berlari mendapatkan buah kegemarannya iaitu manggis. Ibu berpesan supaya meletakkan semua sampah di dalam bakul sampah yang disediakan. Sampah perlu dibuang ke dalam bakul sampah dan jangan letak merata tempat kerana rumah akan kotor dan bersepah. Alim merupakan seorang anak yang baik. Tanpa rasa kedekut, Alim ingin berkongsi buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Alim sentiasa ingat akan pesan ibu bapanya supaya berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah satu perbuatan yang baik. Oleh itu, Alim ingin berkongsi buah-buahan dengan Sulaiman.Ibu Alim segera mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah setelah mendengar permintaan Alim. Kemudian, Alim berlari ke rumah Sulaiman dan Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Alim berlari mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas dengan perbuatannya itu. Selain itu, Alim juga merupakan seorang anak yang rajin menolong keluarga. setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah sewaktu Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Alim mengatakan bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik tambahan pula Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Yakub pun baik menyebabkan Alim ingin berkongsi dengan mereka. Alim juga suka Sulaiman kerana Sulaiman kawan Alim.
No comments:
Post a Comment