Thursday, April 15, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PORTRAIT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang

Nota: Potrait merupakan gambar yang berfokus dalam jarak yang dekat.


1) Mug shot



Gambar seorang budak perempuan menutup mata yang diambil dalam jarak dekat. Gambar ini memperlihatkan dengan jelas raut wajah budak tersebut yang diambil menggunakan potrait mug shot. Gambar ini bertempat di laluan jalan perumahan dan diambil pada 15 April 2021.




Gambar portrait mug shot seorang perempuan yang memperlihatkan dengan jelas wajahnya yang bermekap. Gambar ini bertempat di dalam bilik dan diambil pada 15 Mei 2019. 




Gambar ini bertempat di ruang tamu rumah dan diambil pada 5 April 2021. Portrait mug shot manusia yang diambil dalam jarak yang dekat yang memfokuskan keseluruhan wajah.  


2) Medium shot



Gambar ini pula diambil menggunakan potrait medium shot iaitu memperlihatkan separuh badan model sahaja. Gambar ini diambil dari jarak yang dekat dan jelas kelihatan. Gambar diambil pada 12 Mei 2019 bertempat di Kota Baharu, Kelantan.



Gambar portrait medium shot bertempat di sebuah pusat peranginan di Kelantan. Gambar ini diambil pada 10 Julai 2020. Gambar seorang perempuan sedang membetulkan beg sandang dan wajah itu jelas kelihatan.



Gamabr potrait bertempat di sebuah rumah kampung yang diambil pada hari raya tahun 2020. Gambar potrait diambil dalam jarak yang dekat yang memperlihatkan sebahagian anggota badan. Wajah seorang lelaki memakai pelitup muka jelas kelihatan. 



3) Full shot


Gambar potrait yang diambil di sebuah bangunan fakulti Universiti Malaysia Terengganu. Potrait ini menunjukkan keseluruhan anggota badan. Wajah seperti seorang yang gembira jelas kelihatan.






Gambar ini bertempat di hadapan rumah yang diambil pada 3 Januari 2020. Potrait diambil menunjukkan keseluruhan anggota badan. Wajah yang kelihatan seperti seorang yang bahagia. 
 


Gambar potrait ini bertempat di sebuah Kolej Swasta, Pahang. Wajah seorang perempuan yang sedang tersenyum jelas kelihatan di dalam portrait tersebut.





Draf Portrait








No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...