Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.
Strategi komunikasi digunakan bertujuan untuk menyampaikan mesej. Selain itu, strategi komunikasi digunakan untuk memastikan mesej yang dihantar dan diterima dapat memberi kefahaman maksud mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua belah pihak. Kini, komunikasi berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Komunikasi juga berlaku dengan menggunakan strategi bahasa isyarat ataupun bahasa badan. Mesej itu akan disampaikan dengan menggunakan bahasa sebutan ataupun ujaran.
Banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji mengenai strategi komunikasi. Ini kerana, komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Manusia berkomunikasi untuk berhubung antara satu sama lain. Mesej-mesej akan disampaikan melalui komunikasi dan mereka akan memahami mesej tersebut. Selain itu, strategi komunikasi juga dapat dilakukan melalui penceritaan penulisan dan teks.
No comments:
Post a Comment