Hai guys, minggu ni kita main teka teki pulak ... Siapa pandai cuba jawab , jawab dulu baru tengok jawapan tau... betul dapat hadiah tau
Wednesday, June 2, 2021
Friday, May 28, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.
Minggu ini sis Fatin dikehendaki menghasilkan sebuah video berkaitan bab 5 iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Bab 5 ini menceritakan tentang strategi komunikasi berdasarkan pengkajian para pengkaji iaitu Tarone (1977), Johnstone (1989), Faerch & Kasper (1938), Dornyei & Scott (1997) dan akhir sekali Normaliza Abd Rahim (2018e).
Jom sama-sama tonton video ini untuk mengetahui elemen-elemen yang terdapat dalam strategi komunikasi berdasarkan pengkajian para pengkaji masing-masing.
https://youtu.be/_ThMeDeWxzg
BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)
Sis Fatin juga share mengenai 'Kemanusiaan'. Nilai kemanusiaan dalam diri dilihat semakin hilang dalam diri manusia. Berlaku kezaliman terhadap manusia dan haiwan. Makhluk Allah ini dizalimi dan diseksa tanpa belas kasihan. Banyak nyawa yang terkorban, yang berdosa dan tidak berdosa.
BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN(INSTAGRAM)
Hai koranggg... Sis Fatin ada juga share mengenai 'Kesilapan' yang sering kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. kesilapan ini merupakan perkara biasa yang sering terjadi dalam hidup. So nak tahu apa 'kesilapan' yang pernah Sis Fatin lakukan jom baca...
Sis Fatin share juga dengan korang apa erti kesilapan berdasarkan pendapat kawan-kawan Sis Fatin
BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN EMPAT KERAT(FACEBOOK)
Hai semua... Minggu ni sis Fatin nak share something new with you guys. Haa cuba teka apa...
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Sunday, May 23, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT(NISKALA)
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hai semua... Minggu ni sis Fatin belajar mengenai video one shot daripada Prof Normaliza. Video ini terdapat tiga jenis iaitu one shot, one shot two layer dan one shot three layer. Kami dikehendaki menghasilkan ketiga-tiga video ini...
Jom tengok hasilnya...taraaaa
ONE SHOT
Wednesday, May 19, 2021
BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.
Strategi komunikasi digunakan bertujuan untuk menyampaikan mesej. Selain itu, strategi komunikasi digunakan untuk memastikan mesej yang dihantar dan diterima dapat memberi kefahaman maksud mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua belah pihak. Kini, komunikasi berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Komunikasi juga berlaku dengan menggunakan strategi bahasa isyarat ataupun bahasa badan. Mesej itu akan disampaikan dengan menggunakan bahasa sebutan ataupun ujaran.
Banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji mengenai strategi komunikasi. Ini kerana, komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Manusia berkomunikasi untuk berhubung antara satu sama lain. Mesej-mesej akan disampaikan melalui komunikasi dan mereka akan memahami mesej tersebut. Selain itu, strategi komunikasi juga dapat dilakukan melalui penceritaan penulisan dan teks.
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...
-
Nama: FATIN FATHIHAH BINTI MUSA No.matrik: 203008 Hola! Pertama kali menulis blog bergetar tulang rusuk. Rutin harianku selepas balik ke kam...
-
Hai! Hai semua... sis Fatin mau kongsi lagi tentang "Ketenangan". Ketenangan itu umpama matahari, hadir tanpa diundang, pergi tan...
-
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang. BBM3410-2021-ASAS GRAFIK- TEKS (INTERNET) ...































