Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang
1)
BUNTING ATAU BANNER
BUNTING
Bunting merupakan salah satu bahan asas
grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi
cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga
pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai
saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki),
(2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang
berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk
bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan
ring untuk dimasukkan kepada X-stand.
Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk
dipasangkan kepada T-stand.
BANNER
Berbeza dengan bunting, banner berbentuk
melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal
berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan
promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya
bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20
kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah
bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner
atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting
lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.
2) PAMPHLET
Kredit sepatu Nike
Pamphlet
biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai
sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang
dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet
ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna
mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula,
pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.
Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat
membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak
pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam
bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.
3) POSTER
Kami menggunakan tema
“Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak.
Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan
produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk
mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang
digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan
selesa dipakai.
4) GAMBAR/FOTO
Gambar merupakan
salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat
ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan
jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk
mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita
dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat
sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga,
kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe
lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat
pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada
gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat
dengan kombinasi warna yang banyak.
5. BILLBOARD
Billboard
merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga
sebagai papan iklan. Kebiasaannya
billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan
sesuatu jenama produk.
Di
gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk
menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang
bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut
digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama
tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri
kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan
yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan
tulisan “Trendy and Sporty” ianya
menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan
pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan
bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan
pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya. Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam
billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan
itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang
melihatnya.
6)
VIDEO
Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu produk.
No comments:
Post a Comment