Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 



YouTube: DBPMalaysia

Link: https://youtu.be/-h5hlplln24


Celik bahasa isyarat  merupakan salah satu bahasa komunikasi yang boleh digunakan oleh semua orang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bahasa isyarat ini sangat penting untuk semua selain orang kurang upaya. Bahasa isyarat amat penting dalam kehidupan dan perlu dipelajari tanpa mengira umur. Walau bagaimanapun, perlu ada minat dan usaha untuk belajar bahasa isyarat kerana tanpa minat, kita tidak akan belajar. Bahasa isyarat boleh dipelajari melalui aplikasi online seperti Twitter dan Youtube namun perlu memilih sumber yang betul. Bahasa isyarat ini boleh digunakan dalam perbualan bersama ahli keluarga dan juga di tempat awam. Hal ini dapat membantu memberi kesedaran kepada ahli  keluarga dan juga masyarakat bahawa bahasa isyarat ini amat unik dan istimewa. Bahasa isyarat bukan sahaja digunakan semasa bersama orang kurang upaya namun boleh juga digunakan semasa berada di luar negara. Sekiranya kita tidak pandai berbahasa Inggeris, kita boleh menggunakan bahasa isyarat sebagai perantaraan. Selain itu, saranan bahasa isyarat dimasukkan dalam kurikulum sekolah merupakan satu keistimewaan kepada semua pelajar yang berbentuk praktikal yang boleh dibawa ke seluruh dunia. Oleh itu, wajarlah bagi kita untuk mempelajari bahasa isyarat untuk diri sendiri dan seluruh masyarakat.  




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...