Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI(FLATLAY)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hai!!Hai semua...hari ni sis Fatin mau kongsi video asas fotografi Flatlay. Sis Fatin pun belajar dari Prof Normaliza. Sebelum tu, sis Fatin mau bagitahu teknik fotografi Flatlay ada empat jenis iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.

Sebelum ambil gambar ni semua, korang kena la sedia produk atau barang-barang yang korang ada. Makanan pun boleh juga. Macam sis Fatin kena sediakan lima jenis makanan dan lima jenis barang/benda. Korang kena susun barang dan makanan ikut citarasa korang tapi mestilah kemas, teratur dan nampak cantik di mata orang.

Sis Fatin akan terangkan empat jenis flatlay kepada korang supaya senang la korang nak guna lepas ni kann...

1) Flatlay merupakan gambar yang diambil betul-betul dari atas. Kamera yang diletakkan pada kedudukan 90 darjah dari objek. Letak kamera betul-betul di atas objek tau. 

2) Half flatlay pula kedudukan kamera pada 45 darjah daripada produk. Gambar nampak seperti diambil dari sisi atas. Kamera disenget sedikit.

3) Quarter flatlay diambil pada kedudukan kamera 25 darjah daripada objek. Kamera akan disenget lagi berbanding half flatlay.

4) Zero flatlay pula kamera diletakkan so atas lantai atau meja. Gambar makanan dan barangan hanya akan diambil dari depan sahaja.

Masih tak dapat bayangkan macam mana, mehh tengok video sis Fatin.


Link: https://youtu.be/c2rqDqB6lt4








No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...