Link: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o
Mengembara bukan sekadar luar negara tetapi di mana kita keluar dari tempat tinggal. Ini bermaksud kita keluar dari zon selesa seperti tinggal di Kajang pergi ke Shah Alam. Tetamu/ Dr Alia telah mengembara ke 21 sebuah negara. Mengembara kerana gembira dan suka melihat orang baharu. Selain itu, suka perkara baharu seperti makanan dan bahasa/dialek. Dr Alia mula mengembara pada usia masih kecil. Pada usia 16 tahun, Dr Alia bersama keluarga mengembara ke luar negara, United Kingdom. Pada umur 17 tahun, pergi Itali seminggu bersama kawan-kawan. Ada banyak benda lain untuk diterokai selain pergi kolej dan kerja. Semasa kecil sering pergi ke Pulau Pinang kerana ada pesta, laut, bangunan, tanah tinggi, naik pagoda dan ada sejarah. Sentiasa mengunjungi Restauran Minah yang terkenal dengan masakan ayam sos cuka Minah. Di luar negara, dialek yang berlainan menyukarkan komunikasi. Perlu belajar berkomunikasi dengan mereka. Mempelajari perkataan yang mudah dan dasar untuk memudahkan komunikasi. Sebagai contoh, penunjuk arah. Jangan malu bertanya ketika mengembara ke luar negara Persediaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada timbul masalah . Ubat perlu mencukupi khususnya ketika mengembara ke luar negara.
No comments:
Post a Comment