Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Asas Grafik dalam Mutimedia
Elemen Asas Grafik
1.
Mudah
Elemen mudah dalam grafik ialah sesuatu gambaran dalam
bentuk foto atau video yang mudah difahami pada penglihatan seseorang. Mudah
juga dapat dilihat sebagai mesej yang dapat difahami dengan mudah tanpa
kekeliruan.
2.
Warna
Elemen warna merupakan kombinasi warna ataupun satu
warna yang terdapat dalam gambaran dalam bentuk foto atau video. Warna yang
terdapat pada grafik menunjukkan objektif atau mesej yang ingin disampaikan.
Grafik yang baik sewajarnya mempunyai tiga warna sahaja.
3.
Teks
Elemen teks pada grafik merujuk kepada jenis dan saiz font
yang dipilih. Kandungan teks yang dipilih juga diambil kira bagi tujuan
pemahaman mesej pada grafik. Pemilihan warna pada font tersebut juga
penting dalam asas grafik.
4.
Kesesuaian
Elemen kesesuaian pada grafik bermaksud grafik yang
bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang
terdapat pada foto atau video. Semua latar ini perlu bersesuaian dengan tema
atau jenis mesej yang ingin disampaikan.
5.
Keseimbangan
Elemen keseimbangan dalam grafik ialah merujuk kepada
ruang dalam foto atau video. Ruang dalam foto atau video meliputi ruang atas
dan bawah serta ruang kiri dan ruang kanan. Keseimbangan juga dilihat menerusi
berat di ruang dan grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019).
Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang
No comments:
Post a Comment