Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018)

Pra-andaian

Pra-andaian ialah suatu perkara yang diandaikan terlebih dahulu sebelum permulaan sesuatu hujah atau tindakan. Terdapat dua aspek analisis dalam pra-andaian iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merupakan kemampuan memahami  sesuatu melalui gerak hati yang timbul di luar kesedaran  seseorang. Konteks dianalisis dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi

Emosi ialah suatu perasaan yang timbul pada seseorang akibat rangsangan daripada dalam dan luar. Dua aspek emosi iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi seseorang dapat dilihat menerusi perangai, personaliti, mood dan motivasi.

Nilai dan Budaya

Nilai dan budaya dianalisis berdasarkan tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

Bahasa

Bahasa dianalisis yang berfokuskan kepada bahasa pertama/kedua/ketiga. Terdapat dua jenis bahasa iaitu bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa dan linguistik juga dianalisis supaya nampak lebih kritis dan huraian lebih jelas.

Inferens

Inferens merupakan kesimpulan, rumusan untuk keseluruhan perbincangan dan juga sebagai penutup kata.


 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim,2018)

PRA-ANDAIAN

1.Intuisi

2.Konteks

*Penerimaan/Penafian

*Keperluan

*Perujukan

*Anafora

*Pengulangan

*Kekaburan

*Penegasan

EMOSI

1.Positif

2.Negatif

3.Emosi Bercampur

*Perangai

*Personaliti

*Mood

*Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

1.Diri

2.Masyarakat

3.*Adat

*Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran

*Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

*Hormat menghormati, kerjasam, semangat bermasyarakat

*Keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

1.Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.Formal/tidak formal

3..Kesalahan bahasa

4.Linguistik

INFERENS

1.Rumusan keseluruhan

2.Rumusantopik

3. Penutup kata

 

   Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan        Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRA...